Resipi Biskut Oat

Sebelum ni kita dah belajar buat Butter Cookies yang sedap dan mudah, kali ini kita belajar pula buat biskut oat. Resipi biskut oat ni pun mudah dibuat. Ramai yang suka makan biskut oat, bukan sahaja sedap tapi oat juga baik untuk kesihatan.

Biskut Oat Rangup


RESIPI BISKUT OAT

Bahan-bahan
(A)
150g Mentega
150g Lemak Sayuran
200g Gula Halus

(B)
100g Tepung Gandum
60g Oat
80g Tepung Jagung
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 sudu teh Esen Vanila

Cara Membuat

  1. Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang
  2. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul rata.
  3. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Canai dan terapkan. Susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 20 minit.


Siap. Mudah kan nak buat biskut oat ni ni. Rasanya pun ranggup dan memang sesuai dijadikan antara biskut pilihan pada hari raya nanti.

Resipi Kek Coklat Yang Sedap

Kek coklat pastinya kek yang menjadi kegemaran ramai. Jom kita belajar buat kek coklat yang simple tetapi tetap sedap. Resipi kek coklat ini tidak memerlukan banyak bahan. Jadi untuk yang pertama kali nak mencuba buat kek coklat, boleh cuba resipi kek coklat sedap ini.

Kek Coklat


RESIPI KEK COKLAT SEDAP

Bahan-bahan:
250g Mentega
185g Tepung Gandum
1 sudu teh Serbuk Penaik
60g Serbuk Koko
185g Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
4 biji Telur

Cara Membuat:

  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik dan ayak bersama.
  2. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan kembang
  3. Masukkan sedikit tepung gandum yang sudah diayak bersama koko, diselang selikan dengan telur.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar dan ratakan.
  6. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celsius selama 40 minit.


Tips 1: Cara nak tahu kek dah masak atau belum ---> Ambil lidi sate dan cucuk ke dalam kek. Keluarkan lidi sate tersebut. Jika bersih, maksudnya kek dah sedia untuk dikeluarkan dari oven. Jika belum, biarkan dalam ketuhar untuk beberapa minit. JANGAN naikkan suhu ketuhar.

Tips 2: Untuk belajar pelbagai lagi variasi kek coklat yang sedap dan teknik untuk mendekorasi kek coklat, dapatkan PANDUAN MEMBUAT KEK COKLAT.

Selamat Mencuba.