Showing posts with label resipi biskut 2014. Show all posts
Showing posts with label resipi biskut 2014. Show all posts

Resipi Biskut Mentega Kacang

Kali ini kita belajar buat Biskut Mentega Kacang pula. Resipi biskut mentega kacang atau peanut butter cookies ni mudah diikuti dan hasilnya pasti sedap kalau diikut langkah demi langkah.

Biskut Mentega Kacang


Resipi Biskut Mentega Kacang

Bahan-bahan
300g Mentega
300g Mentega Kacang
180g Gula Kastor
450g Tepung Gandum
50g Tepung Jagung

Cara Membuat

  1. Pukul mentega, mentega kacang dan gula sehingga sebati
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, uli sehingga menjadi doh
  3. Bentukkan mengikut citarasa sendiri. Boleh dibulatkan dan ditekan dengan garfu ataupun boleh dipaipkan.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celsius dan bakar selama 15 minit.


Memang mudah nak buat biskut mentega kacang ni, bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi biskut ini pun mudah didapati. Selamat mencuba.




Resipi Biskut Oat

Sebelum ni kita dah belajar buat Butter Cookies yang sedap dan mudah, kali ini kita belajar pula buat biskut oat. Resipi biskut oat ni pun mudah dibuat. Ramai yang suka makan biskut oat, bukan sahaja sedap tapi oat juga baik untuk kesihatan.

Biskut Oat Rangup


RESIPI BISKUT OAT

Bahan-bahan
(A)
150g Mentega
150g Lemak Sayuran
200g Gula Halus

(B)
100g Tepung Gandum
60g Oat
80g Tepung Jagung
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 sudu teh Esen Vanila

Cara Membuat

  1. Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang
  2. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul rata.
  3. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Canai dan terapkan. Susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 20 minit.


Siap. Mudah kan nak buat biskut oat ni ni. Rasanya pun ranggup dan memang sesuai dijadikan antara biskut pilihan pada hari raya nanti.

Cara Membuat Butter Cookies Mudah Dan Sedap

Hari ini kita belajar buat biskut raya moden yang paling mudah tapi tetap sedap. Resipi butter cookies ni adalah resipi membuat biskut yang paling asas. Kiranya kalau nak belajar buat biskut buat pertama kali, eloklah cuba resipi butter cookies ni dulu.

Resipi Butter Cookies


RESIPI BUTTER COOKIES

Bahan-bahan

125g mentega
½ cawan gula kastor
¼ cawan susu
¼ sudu teh esen vanila
1½ cawan tepung naik sendiri
½ tepung kastad

Cara Membuatnya

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga ringan dan berkrim.
  2. Masukkan susu dan esen vanilla, pukul sehingga rata. 
  3. Tambahkan tepung naik sendiri dan tepung kastad. Satukan menjadi doh yang lembut.
  4. Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan susun di atas dulang yang sudah disapu dengan sedikit mentega. Jarakkan setiap bebola.
  5. Kemudian leperkan bebola menggunakan jari. Ambil sebatang garfu dan tekan di atas, untuk membuat corak.
  6. Bakar untuk 15 ke 20 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190 darjah celsius.
Senang kan nak buat biskut Butter Cookies ni. Resipi Butter cookies ini boleh juga divariasikan dengan meletak kekacang seperti gajus, almond...atau boleh juga dimasukkan kismis. Selain itu boleh juga diletakkan perasa-perasa yang lain seperti perasa coklat, strawberi, pandan dan sebagainya. Semuanya mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh diajukan di ruangan komen. Selamat Mencuba.