RESIPI KEK COKLAT SEDAP
Bahan-bahan:
250g Mentega
185g Tepung Gandum
1 sudu teh Serbuk Penaik
60g Serbuk Koko
185g Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
4 biji Telur
Cara Membuat:
- Campurkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik dan ayak bersama.
- Putar mentega dan gula sehingga ringan dan kembang
- Masukkan sedikit tepung gandum yang sudah diayak bersama koko, diselang selikan dengan telur.
- Masukkan esen vanilla.
- Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar dan ratakan.
- Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celsius selama 40 minit.
Tips 1: Cara nak tahu kek dah masak atau belum ---> Ambil lidi sate dan cucuk ke dalam kek. Keluarkan lidi sate tersebut. Jika bersih, maksudnya kek dah sedia untuk dikeluarkan dari oven. Jika belum, biarkan dalam ketuhar untuk beberapa minit. JANGAN naikkan suhu ketuhar.
Tips 2: Untuk belajar pelbagai lagi variasi kek coklat yang sedap dan teknik untuk mendekorasi kek coklat, dapatkan PANDUAN MEMBUAT KEK COKLAT.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment