Panduan Buat Kek Kukus

Kek, selain dibakar dalam ketuhar boleh juga dikukus. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek kukus boleh dikatakan hampir sama dengan kek yang mengunakan teknik membakar, bezanya cuma satu..lebih sesuai gunakan minyak masak berbanding mentega atau marjerin.
Bahan-bahan lain yang digunakan sama sahaja antaranya tepung gandum, gula, serbuk penaik, telur dan sebagainya.
Panduan Buat Kek Kukus

Satu lagi perbezaan membuat kek kukus adalah cara penyediaannya. Mula-mula kita kena bahagikan bahan-bahannya kepada dua kategori berbeza, iaitu bahan yang kering dan basah. Satukan bahan kering dalam satu bekas dan bahan basah dalam bekas yang lain pula. Bila kesemua bahan itu dah sebati barulah disatukan kedua-duanya dalam bekas adunan yang sama.
Kacau kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan ke dalam alat pengukus. 
Lebih mudah nak buat kek kukus sebenarnya. Cuma kek kukus selalunya lebih lembab jadi tak sesuai kalau nak di simpan untuk tempoh yang lama.

Resipi Biskut Mentega Kacang

Kali ini kita belajar buat Biskut Mentega Kacang pula. Resipi biskut mentega kacang atau peanut butter cookies ni mudah diikuti dan hasilnya pasti sedap kalau diikut langkah demi langkah.

Biskut Mentega Kacang


Resipi Biskut Mentega Kacang

Bahan-bahan
300g Mentega
300g Mentega Kacang
180g Gula Kastor
450g Tepung Gandum
50g Tepung Jagung

Cara Membuat

  1. Pukul mentega, mentega kacang dan gula sehingga sebati
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, uli sehingga menjadi doh
  3. Bentukkan mengikut citarasa sendiri. Boleh dibulatkan dan ditekan dengan garfu ataupun boleh dipaipkan.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celsius dan bakar selama 15 minit.


Memang mudah nak buat biskut mentega kacang ni, bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi biskut ini pun mudah didapati. Selamat mencuba.