Setelah dah tahu cara memilih oven yang sesuai dan dah belajar jenis-jenis peralatan wajib untuk membuat kek, hari ni kita kenali pula bahan-bahan asas yand diperlukan untuk membuat kek dan biskut.
1) Tepung - Selalunya untuk buat kek atau biskut yang simple dan paling basic kita gunakan tepung gandum ataupun kita juga boleh guna tepung naik sendiri (self raising flour). Tepung naik sendiri adalah campuran tepung gandum dan serbuk penaik.
2) Gula - Untuk menambah rasa manis pada kek atau biskut yang ingin kita bakar tu, haruslah dicampurkan gula ke dalam adunan. Biasanya kita gunakan gula kastor atau gula halus kerana tekstur kedua-dua jenis gula ni lebih halus berbanding gula biasa yang kita guna untuk membancuh minuman. Manakala gula aising pula kita gunakan untuk membuat krim ataupun aising untuk mendekorasikan kek yang telah siap dibakar.
3) Mentega/ Marjerin - Mentega lebih kerap digunakan untuk membuat kek dan biskut berbanding marjerin. Rasa mentega yang dicampurkan ke dalam adunan lebih lemak berbanding jika dicampurkan dengan marjerin.
4) Telur - Telur ayam yang biasanya digunakan untuk resipi-resipi kek dan biskut. Pastikan guna telur yang segar supaya kek dapat menjadi lebih gebu.
5) Esen/Perisa - Untuk menambah perisa pada adunan kek atau biskut, biasanya kita perlu gunakan esen vanilla. Bukan sahaja rasa kek atau biskut menjadi lebih sedap tapi baunya pun lebih wangi. Boleh juga menggunakan esen berperisa yang lain seperti oren, ros, pandan, coklat dan sebagainya untuk mevariasikan adunan kek kita.
Inilah antara 5 bahan asas yang memang sentiasa perlu ada sekiranya kita ingin ke dapur untuk membakar kek dan biskut dalam ketuhar.
No comments:
Post a Comment