Tips Memilih Dan Membeli Ketuhar Yang Sesuai

Kalau nak membuat biskut atau kek, perkakas yang paling utama perlu ada adalah ketuhar (Oven). Kalau tak ada oven macam mana nak membaking kan.

Tapi macam mana nak pilih ketuhar yang sesuai. Di pasaran kan ada pelbagai jenis oven. Ada ketuhar bersaiz kecil, ada ketuhar bersaiz besar, ada ketuhar elektrik, ada ketuhar gas. Jadi nak memilih ketuhar yang mana satu?

ketuhar elektrik


Tips membeli ketuhar atau oven yang sesuai.

Pemilihan Saiz Ketuhar - Pastikan kita membeli ketuhar mengikut saiz yang sesuai untuk kegunaan kita. Kalau untuk kegunaan membaking untuk keluarga sahaja, cukuplah membeli ketuhar yang bersaiz kecil. Kalau nak buat bisnes jual kek atau bisnes jual biskut, lebih sesuai beli ketuhar yang bersaiz besar.

Jenis Ketuhar - Ketuhar gas atau biasa disebut gas oven dikatakan tidak akan membuatkan kek kering tetapi kalau tak kawal api gas dengan betul, kek mudah hangus dibawah. Sebaliknya ketuhar elektrik atau mesra disebut electric oven, mempunyai pelbagai fungsi dan memang mudah nak mengawal suhu dan masa membaking cuma kalau tersalah memilih ketuhar, bil elektrik boleh melambung tinggi.

Harga - Kalau nak buat perbandingan harga, ketuhar elektrik lebih murah dari ketuhar gas tapi kalau kita rajin membuat kek selalu, lebih sesuai kalau kita pilih ketuhar gas. Sebab untuk jangka masa panjang kita dapat jimatkan bil elektrik.

dapur gas


Jadi sebelum membeli ketuhar,fikirkan dulu apa yang kita inginkan. Kalau baru nak menjinakkan diri atau mencuba membuat kek dan biskut, lebih sesuai kalau pilih ketuhar elektrik. Bila dah mahir, atau jika nak buat kek atau biskut dalam kuantiti yang banyak, belilah dapur gas, lebih sesuai dan lebih jimat.

Bila dah ada ketuhar, bolehlah belajar buat kek coklat. Dapatkan panduan buat kek coklat, diajar langkah demi langkah dari mengukur bahan membuat kek sehingga ke teknik mendekorasi kek coklat.


No comments:

Post a Comment