Perkakas Wajib Untuk Membuat Kek

Sebelum ni kita dah bincang tentang pemilihan oven yang sesuai. Sekarang ni kita belajar pula tentang perkakas atau peralatan untuk membuat kek dan biskut atau dalam bahasa mudahnya membaking, antaranya:

pengadun elektrik

Pengadun Elektrik (Mixer) - Ada yang lebih gemar guna hand mixer tapi kalau nak jimatkan masa dan tenaga, lebih sesuai gunakan pengadun elektrik. Saiz boleh dipilih berdasarkan keperluan.

dulang pembakar

Tin Atau Dulang Pembakar - Dah ada oven yang sesuai jadi haruslah juga ada tin atau dulang untuk membakar kek atau biskut kita tu. Lebih elok kalau memilih yang Non Stick, kek dan biskut pun takkan melekat pada dulang.

alat penimbang

Alat Penimbang - Sukatan bahan-bahan haruslah tepat agar kek atau biskut kita tu berkualiti dan sedap. Lebih mudah kalau guna alat penimbang jenis yang digital.

sudu sukatan

Sudu Sukatan - Seperti alat penimbang, sudu sukatan pun penting untuk menyukat bahan-bahan membuat kek seperti menyukat esen vanilla.

rolling pin

Kayu penggelek (Rolling Pin) - Kalau nak buat biskut yang perlu dipotong dengan acuan, rolling pin ni haruslah ada. Kalau tak macam mana kita nak mencanai doh nanti.

Lain-lain peralatan yang perlu ada seperti spatula, pelbagai bentuk acuan, berus, kertas cawan dan beberapa lagi peralatan lain yang akan saya kongsikan dalam entri-entri akan datang.




Tips Memilih Dan Membeli Ketuhar Yang Sesuai

Kalau nak membuat biskut atau kek, perkakas yang paling utama perlu ada adalah ketuhar (Oven). Kalau tak ada oven macam mana nak membaking kan.

Tapi macam mana nak pilih ketuhar yang sesuai. Di pasaran kan ada pelbagai jenis oven. Ada ketuhar bersaiz kecil, ada ketuhar bersaiz besar, ada ketuhar elektrik, ada ketuhar gas. Jadi nak memilih ketuhar yang mana satu?

ketuhar elektrik


Tips membeli ketuhar atau oven yang sesuai.

Pemilihan Saiz Ketuhar - Pastikan kita membeli ketuhar mengikut saiz yang sesuai untuk kegunaan kita. Kalau untuk kegunaan membaking untuk keluarga sahaja, cukuplah membeli ketuhar yang bersaiz kecil. Kalau nak buat bisnes jual kek atau bisnes jual biskut, lebih sesuai beli ketuhar yang bersaiz besar.

Jenis Ketuhar - Ketuhar gas atau biasa disebut gas oven dikatakan tidak akan membuatkan kek kering tetapi kalau tak kawal api gas dengan betul, kek mudah hangus dibawah. Sebaliknya ketuhar elektrik atau mesra disebut electric oven, mempunyai pelbagai fungsi dan memang mudah nak mengawal suhu dan masa membaking cuma kalau tersalah memilih ketuhar, bil elektrik boleh melambung tinggi.

Harga - Kalau nak buat perbandingan harga, ketuhar elektrik lebih murah dari ketuhar gas tapi kalau kita rajin membuat kek selalu, lebih sesuai kalau kita pilih ketuhar gas. Sebab untuk jangka masa panjang kita dapat jimatkan bil elektrik.

dapur gas


Jadi sebelum membeli ketuhar,fikirkan dulu apa yang kita inginkan. Kalau baru nak menjinakkan diri atau mencuba membuat kek dan biskut, lebih sesuai kalau pilih ketuhar elektrik. Bila dah mahir, atau jika nak buat kek atau biskut dalam kuantiti yang banyak, belilah dapur gas, lebih sesuai dan lebih jimat.

Bila dah ada ketuhar, bolehlah belajar buat kek coklat. Dapatkan panduan buat kek coklat, diajar langkah demi langkah dari mengukur bahan membuat kek sehingga ke teknik mendekorasi kek coklat.